Posts

Showing posts from December, 2022

HUBUNGAN : ANTARA MANUSIA DAN MANUSIA

Image
MANUSIA Manusia atau nama saintifiknya ialah Homo Sapiens. Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang cukup sempurna. Blog kalini, Sir Azwan minta kami buat tentang relationship which is thing yang saya sendiri tak pernah alami (bercinta). So, i would like to drop few tips on how to take a good care of relationship between human being. Hal ini dikatakan demikian kerana amat penting untuk kita menjaga hubungan sesama manusia, manusia merupakan makhluk yang kuat bersosial dan sering berinteraksi antara satu sama lain. Pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan untuk menjaga hubungan sesama manusia. 1. CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA I. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA Sangat penting bagi seorang anak menghormati ibu dan ayahnya yang telah berusaha menjaga, merawat dan membesarkan kita dari kecil sehingga tumbuh dewasa. Terutamanya ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Seorang anak hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan membalas ...

ANIME : BLEACH

Image
  BLEACH By Tite Kubo Disebabkan tema bebas minggu ini, izinkan saya bercerita tentang anime kegemaran saya selain daripada Naruto Shippuden.  First of all, apa itu anime?  Anime merupakan animasi yang dihasilkan dari Jepun atau mengikut japanese style. Anime jika mengikut terms yang betul ialah sebuah animasi tetapi Jepun mempunyai style sendiri dengan menggunakan "anime" yang hanya ekslusif atau khas dari Jepun. Anime dari Jepun dapat dibezakan dari animasi negara lain kerana anime mempunyai grafik yang menarik serta watak-watak yang agak garang mungkin. Anime juga menggunakan bahasa Jepun sendiri. Terdapat banyak overate dan underated anime yang dihasilkan oleh bebearapa studio seperti Pierrot Studio, Kyoto Animation, Ghibli studio dan Wit Studio. Antara overrated anime ialah Naruto, Sword Art Online, Attack on Titan dan fairy Tail. Manakala, underrated anime seperti Demon Slayer, Angels of Death dan Kemonozume.                 ...

SESAL

Image
  Penyesalan?  Apa itu penyesalan? Penyesalan adalah keadaaan emosi yang negatif, yang menyalahkan diri sendiri atas hasil yang buruk, rasa kehilangan atau hampa atas suatu hal yang dirasakan semestinya terjadi.  Rasa penyesalan tidak selalu memberi makna sesuatu yang buruk atau salah tetapi penyesalan juga boleh mendorong seseorang untuk berbuat sesuatu yang lebih baik lagi.  Tetapi sayang sekali, sebahagian orang menganggap penyesalan itu adalah sesuatu yang sangat perlu dibawa terlalu dalam sehingga seseorang itu sering membuat keputusan yang salah  dalam kehidupannya. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu terlalu fokus pada kesalahan yang dia buat pada masa lalu dan meratapi hasilnya pada masa hadapan. Penyesalan boleh mendatangkan kesan yang buruk sehingga dapat merosakkan pola pemikiran dan kesihatan fizikal seseorang sekiranya terus berlarutan akan menyebabkan seseorang mengalami tekanan iaitu depresi.  Keadaan seperti ini akan membuatkan k...

AKIBAT

Image
Glasier dunia mencair akibat manusia? Apa itu glasier? Glasier merupakan bongkahan endapan air batu padat yang bergerak secara perlahan dan mempunyai ukuran saiz yang besar. Glasier selalunya terdapat di kawasan kutub yang mencecah suhu paling rendah atau sejuk. Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan glasier atau ais mencair. Para penyelidik telah memberi pendedahan bahawa lapisan ais di Artik semakin menipis dari tahun ke tahun. Antara faktor pencairan glasier di kutub ialah: 1. Pemanasan global "Global Warming"atau bahasa Melayu nya ialah pemanasan global merupakan proses peningkatan suhu atmosfera , laut dan permukaan bumi secara global dan terjadi akibat aktiviti manusia atau secara semula jadi. Pemanasan global berlaku apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, klorofluorokarbon (CFC), metana dan nitros oksida menyerap sinaran dari matahari mengakibatkan suhu purata bumi meningkat.  2. Kerosakan lapisan ozon Ozon merupakan gas yang secara semula jadi t...

PANIK

Image
  APA ITU PANIK? Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, panik merupakan perasaan cemas yang datang secara tiba-tiba. Aku sering berasa panik jika berada dalam keadaan yang rushing, lagi-lagi keadaan yang sangat mengejar masa. Secara jujurnya, aku agak sukar untuk bekerja dalam keadaan yang agak rushing. Aku lebih suka santai dalam ikut pace. Untuk itu, aku telah mencari beberapa solusi untuk mengurangkan rasa panik atau lebih tepatnya mengawal perasaan panik. Aku yakin, ramai yang tak sedar bahawa mereka mudah terkena serangan panic attack. Langkah mengatasi atau mengawal perasaan panik: 1. Mengawal rasa takut  Rasa takut yang muncul perlulah diatasi secepat mungkin agar perasaan takut tersebut tidak mengawal minda dan perasaan kita sepenuhnya. Ketika anda mengalami panik, anda perlulah meyakinkan diri sendiri bahawa serangan ini akan segera berakhir. 2. Mengawal pernafasan. Ketika berasa panik, kawallah pernafasan agar menjadi lebih perlahan, dalam dan lebih teratur. Antara ...