SESAL

 

Penyesalan? 

Apa itu penyesalan? Penyesalan adalah keadaaan emosi yang negatif, yang menyalahkan diri sendiri atas hasil yang buruk, rasa kehilangan atau hampa atas suatu hal yang dirasakan semestinya terjadi. 

Rasa penyesalan tidak selalu memberi makna sesuatu yang buruk atau salah tetapi penyesalan juga boleh mendorong seseorang untuk berbuat sesuatu yang lebih baik lagi. 

Tetapi sayang sekali, sebahagian orang menganggap penyesalan itu adalah sesuatu yang sangat perlu dibawa terlalu dalam sehingga seseorang itu sering membuat keputusan yang salah  dalam kehidupannya. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu terlalu fokus pada kesalahan yang dia buat pada masa lalu dan meratapi hasilnya pada masa hadapan.

Penyesalan boleh mendatangkan kesan yang buruk sehingga dapat merosakkan pola pemikiran dan kesihatan fizikal seseorang sekiranya terus berlarutan akan menyebabkan seseorang mengalami tekanan iaitu depresi. 

Keadaan seperti ini akan membuatkan kualiti hidup seseorang menurun. Seseorang yang mengalami hal seperti ini perlulah diberikan motivasi bahawa masa lalu yang dilalui yang membentuk masa sekarang. Tetapi masa hadapan masih boleh menjadi lebih baik jika perbuatan yang dilakukan adalah baik. 

Sebagai manusia, kita kena terima apa yang sudah terjadi dan sudah berlalu, tidak boleh dilakukan apa-apa lagi.  Adalah lumrah bila manusia melakukan kesalahan. Apa yang lebih penting, kita belajar dari kesalahan tersebut dan berubah menjadi lebih baik.

Dengan begitu, anda ataupun kita semua boleh terhindar dari melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang. Dan dapat menjadikan diri lebih matang dalam mebuat tindakan. Kita perlulah memandang ke hadapan namun menjadikan peristiwa dahulu sebagai satu pengajaran. Kena tegas dengan diri sendiri untuk capai apa yang diingini. 

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Disebabkan itu, penyesalan diciptakan akhir supaya kita dapat belajar berhati-hati, berfikir lebih matang kerana apabila terlambat sedar, seringkali tak boleh berpatah balik. 




Comments

Popular posts from this blog

Life as a UKM student

A LIFE AS AN OVERTHINKER