ANIME : BLEACH
BLEACH By Tite Kubo
Disebabkan tema bebas minggu ini, izinkan saya bercerita tentang anime kegemaran saya selain daripada Naruto Shippuden.
First of all, apa itu anime?
Anime merupakan animasi yang dihasilkan dari Jepun atau mengikut japanese style. Anime jika mengikut terms yang betul ialah sebuah animasi tetapi Jepun mempunyai style sendiri dengan menggunakan "anime" yang hanya ekslusif atau khas dari Jepun. Anime dari Jepun dapat dibezakan dari animasi negara lain kerana anime mempunyai grafik yang menarik serta watak-watak yang agak garang mungkin. Anime juga menggunakan bahasa Jepun sendiri. Terdapat banyak overate dan underated anime yang dihasilkan oleh bebearapa studio seperti Pierrot Studio, Kyoto Animation, Ghibli studio dan Wit Studio. Antara overrated anime ialah Naruto, Sword Art Online, Attack on Titan dan fairy Tail. Manakala, underrated anime seperti Demon Slayer, Angels of Death dan Kemonozume.
BLEACH ブリーチ
Bleach merupakan anime dari Jepun yang diadaptasi dari manga hasil tulisan Tite Kubo. Anime ini telah diproduced oleh Studio Pierrot dan pengarahnya ialah Noriyuki Abe. Bleach menceritakan tentang seorang budak lelaki yang bernama Kurosaki Ichigo yang tinggal di Karakura Town telah menjadi substitute soul reaper (死神, Shinigami, literally, "Death God"). Ichigo telah terjumpa dengan Rukia yang merupakan seorang shinigami, disebabkan Rukia tidak boleh nak menentang hollow, dia telah menjadikan Ichigo sebagai substitute Shinigami. Dari sini, bermulalah perjalanan hidup Ichigo sebagai seorang substitute soul reaper.
Bleach mempunyai 17 seasons dan 4 movie:
- Bleach:Memories of Nobody
- Bleach: The Diamond Dust Rebellion
- Bleach: Fade to Black
- Bleach: Hell Verse
KARAKTER / WATAK UTAMA BLEACH
1. KUROSAKI ICHIGO (黒崎 一護)
Ichigo merupakan watak utama atau main protagonis dalam anime Bleach. Seorang budak lelaki yang tinggi dan berambut oren merupakan substitute soul reaper. Ichigo mempunyai kuasa hollow yang membuatkan dia menjadi lebih kuat untuk menentang penjahat seperti Aizen dan Yhwach.
BANKAI: TENSA ZANGETSU
VA: Masakazu Morita
2. KUCHIKI RUKIA (朽木 ルキア)
Rukia merupakan seorang shinigami yang bertanggungjawab menjadikan Ichigo sebagai seorang substitute shinigami. Rukia merupakan watak wanita pertama yang Tite Kubo hasilkan.
Bankai: Hakka No Togame
VA: Fumiko Orikasa
3. INOUE ORIHIME (井上 織姫)
VA: Yuki Matsuoka
4. ABARAI RENJI (阿散井 恋次)
Renji merupakan shinigami dalam skuad 6 di Gotei 13 juga merupakan orang kanan Kuchiki Byakuya (abang Rukia). Renji merupakan rival Ichigo dan senjata dia ialah zabimaru.
BANKAI: Soo Zabimaru
VA: Kentaro Ito
5. URYU ISHIDA (石田 雨竜)
Ishida merupakan seorang Quincy, mempunyai garis keturunan dari barisan pemanah yang hampir pupus yang merupakan musuh Soul Reapers. Quincy turut memburu Hollow tetapi mempunyai sejarah yang agak kelam dengan Shinigami. Tetapi Ishida merupakan kawan Ichigo dan turut bekerjasama dengan Ichigo dalam menentang musuh yang kuat.
VA: Noriaki Sugiyama
6. YASUTORA SADO (茶渡 泰虎)
Chad mempunyai keupayaan unik yang kuat serta mempunyai perisai di lengan kanannya, membolehkan dia melawan hollow. Dia merupakan seseorang yang setia dengan kawan-kawannya terutama Ichigo yang merupakan kawan rapatnya.
VA: Hiroki Yasumoto
Baik setakat ini sahaja blog minggu ini. Terima Kasih !!!









Comments
Post a Comment