AKIBAT
Glasier dunia mencair akibat manusia?
Apa itu glasier?
Glasier merupakan bongkahan endapan air batu padat yang bergerak secara perlahan dan mempunyai ukuran saiz yang besar. Glasier selalunya terdapat di kawasan kutub yang mencecah suhu paling rendah atau sejuk.
Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan glasier atau ais mencair.
Para penyelidik telah memberi pendedahan bahawa lapisan ais di Artik semakin menipis dari tahun ke tahun. Antara faktor pencairan glasier di kutub ialah:
1. Pemanasan global
"Global Warming"atau bahasa Melayu nya ialah pemanasan global merupakan proses peningkatan suhu atmosfera , laut dan permukaan bumi secara global dan terjadi akibat aktiviti manusia atau secara semula jadi. Pemanasan global berlaku apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, klorofluorokarbon (CFC), metana dan nitros oksida menyerap sinaran dari matahari mengakibatkan suhu purata bumi meningkat.
2. Kerosakan lapisan ozon
Ozon merupakan gas yang secara semula jadi terdapat di dalam atmosfera bumi. Lapisan ozon pertama kali ditemui oleh seorang saintis Jerman iaitu Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1839. Lapisan rosak akibat penggunaan bahan perosak Ozon (BPO) yang disebabkan oleh pelbagai kegiatan antara gas CFC. Klorofluorokarbon (CFC) digunakan oleh masyarakat moden dalam kehidupan seharian seperti Pendingin hawa, peti sejuk dan aerosol.
Kesan atau Akibat yang bakal dunia hadapi apabila berlaku pencairan ais
1. Paras air laut meningkat
Kadar pencairan ais di lautan sekitar kutub dijangka akan terus berlanjut hingga tahun 2080. Hal ini mengakibatkan peningkatan paras air laut. Saintis mendapati bahawa dalam 20 tahun terakhir ini, permukaan air laut juga sudah meningkat sehingga lapan sentimeter.
2. Suhu meningkat di Kutub Selatan
Suhu di kutub Selatan akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang. Namun begitu, para pakar iklim mengutarakan pendapat yang berbeza-beza.
3. Pemanasan Global akan berlanjutan
Menurut penyelidik iklim Jochem Marotzke meramalkan terus berlanjutan dengan pemanasan global. Perhitungan menunjukkan, kutub utara akan menjadi panas dua kali lebih cepat berbanding kawasan lain di dunia. Kira-kira antara 8 hingga 10 darjah celsius di kawasan latitud Kutub Utara.
Adakah polar bear akan menghadapi ancaman kepupusan? Selamat Tinggal Polar Bear.






Comments
Post a Comment