HUBUNGAN : ANTARA MANUSIA DAN MANUSIA

MANUSIA

Manusia atau nama saintifiknya ialah Homo Sapiens. Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang cukup sempurna. Blog kalini, Sir Azwan minta kami buat tentang relationship which is thing yang saya sendiri tak pernah alami (bercinta). So, i would like to drop few tips on how to take a good care of relationship between human being. Hal ini dikatakan demikian kerana amat penting untuk kita menjaga hubungan sesama manusia, manusia merupakan makhluk yang kuat bersosial dan sering berinteraksi antara satu sama lain. Pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan untuk menjaga hubungan sesama manusia.

1. CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA



I. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Sangat penting bagi seorang anak menghormati ibu dan ayahnya yang telah berusaha menjaga, merawat dan membesarkan kita dari kecil sehingga tumbuh dewasa. Terutamanya ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Seorang anak hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan membalas jasa ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan membesar sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang.

II. BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN TETANGGA

Jiran merupakan seseorang yang paling dekat dengan seseorang manusia. Oleh itu, perlulah seseorang menjaga hubungan dengan jiran. Jika suatu waktu kita mengalami kesulitan, sudah pasti jiran yang akan membantu kita terlebih dahulu. Kesimpulannya, hubungan sesama jiran perlulah dijaga supaya kawasan perjiranan menjadi lebih aman dan damai.

III. BERBUAT BAIK TERHADAP SAUDARA-MARA

Selain ibu dan ayah, jiran tetangga. seseorang manusia hendaklah menjaga hubungan dengan saudara mara juga. Hal ini dikatakan demikian kerana  terdapat saudara mara yang lebih tua daripada kita seperti nenek saudara, datuk saudara, ibu saudara dan bapa saudara. Mereka mempunyai pertalian darah dengan kita walaupun tinggal berjauhan, namun menjelang hari raya. Ketibaan saudara mara adalah yang paling dinanti-nantikan.


IV. SALING BERTOLAK  ANSUR

Sikap bertolak ansur bukan hanya menguntungkan sebelah pihak namun dapat memberi keuntungan untuk kedua-dua belah pihak. Bertolak ansur amat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, setiap orang perlulah memiliki sikap saling bertolak ansur kerana ianya dapat melatih diri agar sentiasa bersabar dan mengawal diri apabila terjadinya konflik yang boleh menjejaskan seseorang manusia. 

V. SALING MENYAPA

Tanpa komunikasi, seseorang tidak dapat mengenali antara satu sama lain dan saling memahami. Sebagai seorang manusia, kita boleh sahaja menyapa seseorang dengan cara yang baik seperti bertanya khabar. Selain itu, boleh juga saling menyapa dengan senyuman kerana dengan senyuman juga dapat menceriakan hari seseorang. 


Sekian sahaja untuk blog hari ini. Terima kasih ya!!!








 

Comments

Popular posts from this blog

SESAL

Life as a UKM student

A LIFE AS AN OVERTHINKER