PANIK

 

APA ITU PANIK?

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, panik merupakan perasaan cemas yang datang secara tiba-tiba.

Aku sering berasa panik jika berada dalam keadaan yang rushing, lagi-lagi keadaan yang sangat mengejar masa. Secara jujurnya, aku agak sukar untuk bekerja dalam keadaan yang agak rushing. Aku lebih suka santai dalam ikut pace. Untuk itu, aku telah mencari beberapa solusi untuk mengurangkan rasa panik atau lebih tepatnya mengawal perasaan panik. Aku yakin, ramai yang tak sedar bahawa mereka mudah terkena serangan panic attack.

Langkah mengatasi atau mengawal perasaan panik:

1. Mengawal rasa takut 

Rasa takut yang muncul perlulah diatasi secepat mungkin agar perasaan takut tersebut tidak mengawal minda dan perasaan kita sepenuhnya. Ketika anda mengalami panik, anda perlulah meyakinkan diri sendiri bahawa serangan ini akan segera berakhir.

2. Mengawal pernafasan.

Ketika berasa panik, kawallah pernafasan agar menjadi lebih perlahan, dalam dan lebih teratur. Antara caranya ialah:

*Tarik nafas perlahan-lahan
* Hembus nafas perlahan-lahan melalui hidung
*Tutup mata dan fokus pada pernafasan.
*Buat kiraan 1-5 ketika menarik dan menghembus nafas.

3. Meminta pertolongan orang yang terdekat.

Apabila start rasa panik seperti berpeluh banyak, kenalah minta bantuan keluarga atau rakan-rakan dengan menceritakan secara jujur apa yang anda sedang rasakan. Anda juga boleh meminta mereka untuk meyakinkan diri anda agar tetap yakin dan menyokong anda.

4. Menutup mata sebentar

Panik juga berlaku apabila anda terlalu penat, terutamanya apabila berada di situasi yang sibuk sehingga membuatkan anda hilang fokus, bila tidak dapat mengawalnya, anda mungkin akan mudah terkena panik.

Oleh hal yang demikian, cubalah menutup mata sebentar, ketika panik melanda agar dapat membantu kamu bertenang dan dapat menghalang pemicu-pemicu panik yang berada di sekeliling. Hal ini membuatkan kamu lebih fokus dengan sesuatu dalam mengawal pernafasan.



Okayyyyyy, itu sahaja yang boleh aku kongsikan, harap dapat membantu rakan-rakan yang sentiasa berasa panik and so on. Sorry kalau pendek sangat ya. 



Comments

Popular posts from this blog

SESAL

Life as a UKM student

A LIFE AS AN OVERTHINKER