LAMBAT

 

Masa itu Emas

Pernah dengar peribahasa " Masa itu Emas?". Peribahasa ini sering digunakan untuk seseorang yang tidak tahu menghargai masa. Kadang-kadang lambat dalam melaksanakan sesuatu hal pasti akan beri impak kepada diri sendiri dan orang lain. Contohnya, lambat menghantar tugas, lambat datang kelas, lambat dalam menghadiri mesyuarat dan lain-lain. Banyak masalah yang akan dihadapi jika seseorang itu sering lambat.


Baik, back to our main reason: Pelajar sering tidur lewat kerana ingin belajar, membuat assignment dan lain-lain. Tidur lambat ni sangat memberi kesan buruk, terutamanya kepada kesihatan fizikal dan mental. Tidur lambat sehingga 3-4 pagi akan menyebabkan seseorang kurang segar di pagi hari kerana waktu tidur yang tidak mencukupi. 


Punca Tidur Lambat

1. Tidur dengan lampu terbuka

Tidur dengan lampu yang terbuka ini akan mengganggu sistem tubuh  kerana otak dan badan yang secara tidak langsung berjaga sepanjang malam akibat daripada pancaran cahaya. Kesannya, waktu tidur akan kucar kacir. 

Cara atasi: Menutup lampu setelah masuk waktu tidur, atau kepada sesiapa yang takut gelap, boleh memasang lampu tidur.

2. Leka dengan gajet 

Semua orang terutamanya yang bergelar pelajar sering kali sebelum tidur akan leka bermain dengan urgajet seperti bermain game dan membuka sosial media dan lain-lain. Cahaya biru dari lampu telefon pintar juga merupakan punca utama seseorang tidak rasa mengantuk walaupun sudah lewat malam. 

cara mengatasi: Kurangkan penggunaan gajet pada waktu malam terutamanya sebelum tidur. Lebih baik jika menggunakan masa tersebut dengan membaca buku atau membuat persiapan untuk hari esok.

3. Tidur dalam kelaparan.

Tidur dalam keadaan yang lapar akan menyukarkan seseorang untuk tidur malah membuatkan seseorang senang terjaga di tengah malam.  Selain, menjejaskan kualiti tidur, hal ini menyebabkan seseorang makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu yang tidak disarankan.

 Cara atasi: Jika pada waktu malam, merasa lapar, boleh juga mengalas perut dengan makanan seperti roti atau biskut. Atau makan pada waktu selepas isyak bagi mengelakkan lapar di tengah-tengah malam.

Terdapat banyak kesan buruk jika sering tidur lambat:

1. Ketinggian terbantut
2. Menghadapi masalah kulit
3. Proses penuaan lebih cepat
4. Berpotensi naik berat badan
5. Ingatan menjadi lemah
6. Risiko nyanyuk.


Kesimpulan:

Jangan biasakan diri tidur lambat ya... Kalau kadang-kadang tak apa. Jangan selalu sampai buat jadual tidur tak sempurna. Rest well okay dearself, kau kena kuat. Jangan paksa diri sangat. Kau kena yakin dengan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 


Comments

Popular posts from this blog

SESAL

Life as a UKM student

A LIFE AS AN OVERTHINKER