Life as a UKM student

 UKM stand for what? Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan antara 10 universiti terbaik di Malaysia. Best ke masuk UKM? ya, sangat2 best bila dapat masuk UKM 💕.


Fakta sedikit tentang UKM: merupakan universiti 30 terbaik berdasarkan QS Asia University Rankings 2023.

Hidup di UKM ni sangat sibuk ya dengan berbagai program. especially jika terlibat dengan kebudayaan. Bukan sahaja kebudayaan universiti malahan kebudayaan kolej. Sangat penat even best tapi still penat dan sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Aku redha sebab masa sentiasa mencemburui aku. 

alhamdulillah, hidup di UKM ni as a first year student, aku dikurniakan kawan-kawan yang baik. Mereka semua sentiasa menyokong aku. 

Antara rakan-rakan yang sentiasa lepak dengan aku dan baik dengan aku. Terima kasih semua, aku sangat menghargai anda semua. God knows I'm struggling so He sent me them 💖.

Banyak tempat menarik dekat UKM ni dan antara tempat yang aku suka ialah tasik UKM, view yang sangat indah pada waktu petang dan sangat menyegarkan mata. Jogging petang2 atau jalan2 dekat tasik UKM which is terletak dekat fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ni sangat best dan dapat hilangkan sedikit tekanan yang mengganggu fikiran.

 


Antara pemandangan-pemandangan yang best bila pergi tasik UKM. Disebabkan aku suka tengok awan, jadi aku pun banyak ambil gambar awan sebab cantik dan menenangkan. 

Dekat UKM ni, aku merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 
Ini adalah fakulti aku, dan aku belajar di sini. Lagi best sebab kolej aku iaitu Kolej Aminuddin Baki sangat dekat dengan fakulti. Terima kasih UKM kerana permudahkan urusan aku ✊. Kafe KAB agak membosankan tapi aku okay je, best je duduk dekat kafe sebab pakcik kafe baik dengan aku dan sentiasa sokong aku untuk dapatkan crush even aku malu nak communicate dengan crush HAHAHHAHAHA. Tapi terima kasih pakcik kafe.


Okay sambung balik, selain tasik UKM di FKAB, UKM juga ada menyediakan library utk siswa siswi sekalian. Perpustakaan Tun Seri Lanang ialah perpustakaan yang terdapat di UKM, ada ruang senyap dan ada ruang untuk group discussion. Best bila masuk PTSL, ada banyak buku yang best untuk rujukan. Di luar PTSL juga ada wormbook cafe, if nak makan ramen boleh pergi sana hahhaha. Best jugalah dekat sana. Sejuk dan ada ruang juga untuk buat assignment dan tutorial. 

Nak study ke, Nak dating ke, Nak makan ke, semua ada dekat UKM. Best dan sejuk serta selesa duduk sini. Banyak kemudahan disediakan di UKM ni. Kalau nak masuk, kena ada kad matriks pelajar. So, make sure bawa kad matriks ya. Okay itu sahaja untuk blog yang ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sorry kalau bosan.











Comments

Popular posts from this blog

SESAL

A LIFE AS AN OVERTHINKER