PILIHAN
Setiap manusia akan diberikan pilihan...
Seperti lagu pilihan yang terbaik yang dinyanyikan oleh Ziva Magnolya, turut mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Lagu ini telah ditayangkan di Youtube pada 29 Julai 2022. Lagu ini mengisahkan tentang sepasang kekasih yang sudah tidak boleh menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
Secara tepatnya, seseorang yang tidak boleh lagi bertahan dalam perhubungan kerana tidak mendapatkan kebahagiaan yang diimpikan kerana hanya terdapat kesengsaraan dan derita sahaja di dalam perhubungan itu.
Namun bukan itu yang aku ingin tegaskan, sebagai seorang perempuan yang bergelar pelajar, kita seharusnya lebih mengutamakan pembelajaran berbanding yang lain. Jatuh cinta dan menyimpan perasaan kepada seseorang adalah normal kerana merupakan lumrah kita sebagai manusia. Namun, sebagai perempuan, kita haruslah belajar mengawal perasaan agar tidak terlalu obses dengan seseorang.
Memang penat berjuang sendirian, tapi itu adalah pilihan yang terbaik kerana pada hakikatnya, hanya Allah yang faham niat sebenar kita. Teruslah berjuang walau perjuangan itu hanya diri sendiri yang faham. Teruslah berjuang walau ia tidak dipandang. Perjuangan itu adalah dari diri sendiri buat diri sendiri. Selesaikan dulu pendidikanmu ya cantik, wujudkan impianmu, jadilah wanita yang cerdik agama dan good attitude 💖.
Aku percaya sepenuhnya pada takdir Allah.
Aku pernah diberatkan dengan dua pilihan...
Semasa aku habis SPM, aku bekerja sebagai part timer di Baskin Robbins, Muar. Aku bekerja kerana ingin mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran kerana aku tahu ibu dan ayah aku merupakan orang yang susah. Namun begitu, ibu dan ayah meminta aku untuk terus bekerja agar aku tidak perlu bersusah mengumpul yuran pembelajaran. Aku agak sedih pada waktu itu kerana aku sangat ingin menyambung pelajaran dan menggenggam segulung ijazah dan mendapat dean list.
Setelah keputusan SPM keluar, aku memohon UiTM dan berjaya mendapat tempat di UiTM Terengganu. Namun begitu, sekali lagi, aku terpaksa batalkan niat aku untuk masuk ke UiTM kerana jarak yang jauh serta ibu aku risau. Jadi, aku terpaksa merelakan diri untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan 6. Alhamdulillah, ibu aku memberikan keizinan untuk aku menyambung pelajaran STPM dan walaupun pilihan ini agak berat untuk aku, tapi aku redha. Alhamdulillah, segala-galanya indah di STPM, kenangan yang sangat indah, rakan-rakan yang baik, banyak hikmah yang aku peroleh setelah masuk STPM. Sesungguhnya takdir Allah itu adalah terbaik.
Permohonan UPU...
PILIHAN 1
PILIHAN 2
Perohonan UPU aku adalah UM dari pilihan 1 hinggalah pilihan 3 manakala pilihan 4 dan 5 aku ialah UKM, pada mulanya, aku agak sedih kerana mendapat pilihan ke-4, namun begitu, setelah masuk ke UKM, aku berasa sangat-sangat gembira. Aku bersyukur Allah menentukan takdir aku untuk masuk ke UKM kerana suasana yang indah, vibes yang best serta rakan-rakan yang baik. Terima Kasih kawan-kawan di UKM, Alhamdulillah.
Pada akhirnya, pilihan Allah adalah yang terbaik dan aku bersyukur.






Comments
Post a Comment