MULA

 

Permulaan hidup sebagai pelajar Universiti terkemuka di Malaysia....

Sebelum menjejakkan kaki di Universiti, aku telah melanjutkan pelajaran pada peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Alhamdulillah, aku berjaya meraih keputusan STPM yang cemerlang hasil doa ibu dan ayah, cikgu-cikgu serta pertolongan dari rakan-rakan. 

Berikut merupakan sekolah yang merupakan Alma Mater aku selama 7 tahun kerana aku telah bersekolah di sini dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Aku sangat bersyukur kerana bersekolah di sini dan dikurniakan rakan-rakan yang baik serta sentiasa memberikan positif vibes manakala guru-guru di SABGS juga sangat prihatin dan menganggap aku seperti anak mereka.






Rakan-rakan yang sentiasa setia berjuang di sisi ku tanpa mengenal penat lelah. Rakan-rakan yang sentiasa sabar dengan sikap aku yang agak pemarah. Terima kasih Izzatie, Atiqah dan Miza kerana sentiasa menyokong aku. Sayang semua. Semoga berjaya di universiti masing-masing. 


Terima kasih juga kepada Cikgu Hashim yang sentiasa memberi nasihat kepada diri saya. Terima kasih cikgu kerana membantu saya ketika saya down. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu di dunia dan akhirat.

Setelah tamat dari STPM;

Aku telah mendapat tawaran melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada mulanya, aku agak kecewa kerana pilihan pertama aku ialah Universiti Malaya, namun aku cuba memandang dari sudut yang positif dan Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di UKM. 
Berikut merupakan fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang menjadi tempat aku menjalankan kuliah. Permulaan hidup baru selama 3 atau 4 tahun. Bismillah.....

Disebabkan agak stress di UKM kerana terlibat dengan banyak aktiviti kebudayaan, aku pun melakukan self healing iaitu dengan berjogging atau berjalan di waktu petang sambil mendengar lagu. Suasana petang di UKM terutamanya di UKM sangat lah indah. 


Berikut merupakan kem pertama aku sepanjang di UKM, Kem Alpha Bestari yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kem ini telah dijalankan di Hutan Pendidikan Alam dimana kami perlu berjalan selama 40 minit dengan memikul beban yang berat iaitu bag-bag. Sangat memenatkan namun pengalaman yang kami dapat sangatlah indah. 




Kem yang sangat best dan indah. Terima kasih semua. Permulaan aku sebagai pelajar semester 1 sangatlah indah. Aku menantikan banyak lagi pengalaman hidup di UKM ini. 

Sekian sahaja dari aku, aku berharap dapat bersama dengan rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku dan memberikan aku positive vibes. 














Comments

Popular posts from this blog

SESAL

Life as a UKM student

A LIFE AS AN OVERTHINKER